Sunday, May 30, 2010

TAJUK-TAJUK YANG DICADANGKAN UNTUK PEMBENTANGAN DAN TUGASAN SUBJEK ULUM AL-HADITH:

KELAS 3

KUMPULAN 1
Tajuk: Hadith Sahih dan Hukum Beramal dengannya.
Mohamad Ikhwan Bin Abd. Hamid
Mohd Khudzairi bin Saimin
Shahrul Anuar bin Saim
Azizi Nazwan

KUMPULAN 2
Tajuk: Hadith Mutawatir dan Ahad.
Muhammad Firdaus B. Abu Bakar
Muhammad Fazlee
Fadillah Fahmi
Zulhusni bin Abu Naim
Nazwan bin Sakam
Hairee Rojingee

KUMPULAN 3
Tajuk: Hukum Beramal dengan Hadith Dhaif.
Muhammad Nur Hafidzuddin B. Johari
Muhammad Taufiq B Abd Hamid
Muhammad Azlan
Muhammad Hafizi
Muhammad Iqbal

KUMPULAN 4
Imam Al-Bukhari dan Sumbangannya dalam bidang Hadith.
Siti Hawa binti Johari
Siti Fatimah binti Sulaiman
Yatimah binti Sahar
Siti Norain binti Amir

KUMPULAN 5
Tajuk: Kepentingan Ilmu Mukhtalaf Al-Hadith.
Zanariah Bt Ab Hafidz
Siti Hamidah binti Turut
Zariq Afeeqa Binti Alias
Rokiah Binti Sulaiman

KUMPULAN 6
Tajuk: Abu Hurairah: Tokoh Hadith dan kritikan terhadapnya.
Radhiahtul Akmar binti A.Bakar
Razilah binti Mohd Said @Masid
Sahidatul binti Ahbiah@Hamzah
Siti Faraha Fatin bte Ahmad Tarmidi

KUMPULAN 7
Tajuk: Hadith Palsu dan Kesannya terhadap Masyarakat.
Siti Bayati binti Mohamad
Siti Nor Shakilah binti Johar
Zellawati Binti Samsudin
Hazanah binti Mohd Othman
Siti Zaleha binti Jalal
TAJUK-TAJUK UTAMA KULIAH SUBJEK ULUM AL-HADITH:

Sinopsis Mata Pelajaran:

Mata pelajaran ini membicarakan tentang ilmu Mustalahul Hadith, sejarah dan kepentingannya, mengkaji tentang proses penyusunan Hadith, membezakan diantara ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah. Mengkaji syarat perawi dan kriteria yang digunakan dikalangan Muhaddithin, membahas tentang pembahagian Hadith Sahih, Hasan, Dhaif dan Maudu, menilai kedudukan Hadith berasaskan perundangan serta mengkaji tentang generasi perawi.

MINGGU 1:

Pengenalan Ilmu Mustalah Al-Hadith
- Hadith dan Sunnah
- Sejarah penulisan Hadith dari zaman Rasullullah
- Kepentingan penulisan Hadith

MINGGU 2:

Pembahagian skop perbahasan Ulum al-Hadith
-Hadith Riwayah
-Hadith Dirayah

MINGGU 3:

Penyusunan Hadith
- Penulisan hadith pada zaman Rasullulah
- Pendirian orientalis terhadap penyusunan Hadith
- Pengembaraan untuk mendapatkan Hadith

Minggu 4:

Bentuk periwayatan Hadith
Mendengar, Bacaan, Ijazah, Al-munawalah, Catatan Al-I’lam,
Al-wasiah, Al-wijadah

MINGGU 5:

Jenis-jenis Hadith
- Hadith
- Khabar
- Athar
- Hadith Qudsi

MINGGU 6:

Bahagian Hadith
- Sahih
- Hasan
- Dhaif
- Maudu’

MINGGU 7:

Martabat Hadith
- Mutawatir
- Masyhor
- Maudhu’

MINGGU 8:

Perawi hadith
- Syarat perawi
- Sanad
- Matan
- Perawi

MINGGU 9:

Pengenalan Sunan As-Sittah

- Bukhari
- Muslim
- Nasaie

MINNGU 10:

Pengenalan Sunan As-Sittah

- Ibn Majah
- Abu Daud
- At-Tarmizi

MINGGU 11:

Ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah
- Ilmu al-Jarh dan al-Ta’dil
- Ilmu Rijal
- Ilmu mukhtalaf al-Hadith
- Ilmu ‘llal al-Hadith

MINGGU 12:

Sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith

- Abu Hurairah
- Anas bin Malik
- Siti Aishah Umm al-Mu’minin

MINGGU 13

Sahabat yang termashur meriwayatkan hadith

- Abdullah bin Mas’ud
- Abdullah bin ‘Amr bin al-Aas
- Abu Zar al-Ghifari

MINGGU 14:

Generasi perawi (Tabaqat ar-Ruwat)
- Tabaqat perawi menurut Ibn Hajar
- Tabaqat sahabat
- Tabaqat at-Tabi’in
- Tabaqat Tabi’ at-Tabi’in

Friday, May 28, 2010


PERSPEKTIF BARU DALAM TAFSIRAN SURAH YASIN


KONTROVERSI SURAH YASIN DAN PENDIRIAN KITA


Al-Quran merupakan wahyu Allah dan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. Di dalamnya terkandung panduan dan ilmu pengetahuan yang sangat bernilai bagi umat manusia. Al-Quran sememangnya sentiasa dibaca oleh umat Islam setiap hari bagi memenuhi syarat dan rukun solat. Tidak dinafikan juga ada yang membaca Al-Quran kerana fadhilatnya (kelebihannya). Antara surah Al-Quran yang popular dikalangan masyarakat Islam di Malaysia ialah Surah Yasin. Surah ini dikatakan mempunyai fadhilatnya yang besar kerana ia merupakan hati Al-Quran. Biasanya surah ini dibaca pada setiap malam Jumaat dan juga dibaca kepada orang yang telah meninggal dunia. Tidak kurang juga yang menjadikannya perhiasan di dinding-dinding rumah.

Terdapat sebahagian kelompok umat Islam yang cuba menafikan fadhilat surah Yasin dan mengatakan ia bersumber dari riwayat yang lemah. Kita juga mendapati ada kritikan yang menyatakan membaca Yasin pada malam jumaat adalah bid’ah dan tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Oleh itu, terdapat dua pendirian dalam isu ini. Golongan pertama terus mengagungkan pembacaan Yasin pada malam Jumaat, manakala golongan kedua terus melakukan kritikan terhadap kelemahan riwayat mengenai kelebihan surah Yasin. Hasilnya, Surah Yasin menjadi mangsa!

Oleh itu, apakah pendirian kita terhadap pertelingkahan kedua-dua pertembungan pemikiran tersebut? Sebenarnya tiada untungnya jika kita berdebat dan memberikan fokus yang terlalu mendalam dalam perkara ini. Pendirian yang menguntungkan umat Islam ialah beralih ke arah memahami dan menghayati tafsiran Surah Yasin. Itulah sikap yang adil dan sihat dalam masalah ini. Bagi jemaah Yasin seluruh Malaysia adalah wajar jika mereka melangkahkan kaki mereka untuk memahami kandungan yang tersurat dan tersirat dalam surah ini. Bagi kaki-kaki kritik terhadap amalan-amalan umat Islam di Malaysia, mereka juga dialu-alukan untuk mengkritik berdasarkan ilmu tetapi alangkah baiknya jika mereka membantu umat Islam menggali mutiara dan hikmah dalam surah yang agung ini.

Terdapat hadis yang lebih sahih mengkhususkan fadhilat surah-surah tertentu seperti kelebihan surah Al-Baqarah dan Ali ‘Imran. Secara umumnya membaca Al-Quran tidak kira apa sahaja surah akan mendapat ganjaran yang sangat besar. Abdullah bin Mas’ud telah berkata: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan (pahala), satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh lagi kebaikan, Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu Huruf dan Mim itu satu huruf (riwayat Al-Tirmizi: no. 2835). Betapa besarnya ganjaran membaca Al-Quran! Tidak hanya membaca Yasin sahaja bahkan semua huruf dan surah dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya tanpa sebarang diskriminasi!

PENAFSIRAN UMUM TENTANG SURAH INI

Tulisan ini hanya menyentuh beberapa penafsiran penting dalam surah Yasin. Para pembaca yang sudah pun tersentak dengan sikap yang disyorkan oleh penulis iaitu “dari pembacaan ke arah pemahaman Al-Quran” boleh membuat kajian terhadap surah ini dengan lebih lanjut. Terdapat beberapa sebab penurunan ayat dalam surah ini berdasarkan peristiwa yang pelbagai. Menurut Imam Al-Suyuti, ayat pertama 1 hingga 7 diturunkan ketika kaum Quraysh Mekah tidak berpuas hati dengan tindakan Nabi s.aw yang sedang mengeraskan bacaan dalam solat baginda dan cuba untuk mengambil tindakan keras terhadap baginda tetapi Allah menutup penglihatan mereka, maka turunlah ayat tersebut. Diriwayatkan juga bahawa ayat 8 dan 9 diturunkan ketika Abu Jahal ingin menyakiti Nabi. Apabila dia menemui kaum Quraisy mereka berkata kepadanya: “Ini dia Muhammad!” Abu Jahal berkata: Di mana dia? Di mana dia? Tetapi Abu Jahal gagal melihat Nabi, maka turunlah ayat 8 dan 9 (lihat: Lubab Al-Nuqul Fi Asbab Al-Nuzul, Beirut: Dar Al-Ma’rifah, 2001, ms. 248).

Berdasarkan sebab penurunan yang disebutkan tadi, isi utama surah ini bertujuan menyokong dakwah yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan menenangkan baginda dalam menghadapi kecaman dan pengingkaran kaumnya. Surah ini dimulakan dengan pengiktirafan Allah kepada kebenaran Al-Quran dan kerasulan baginda. Setelah itu, Allah menerangkan kepada baginda kisah para nabi dan rasul terdahulu yang ditentang dan dibunuh di sekitar kawasan Syam (menurut sesetengah riwayat). Allah memperlihatkan kepada mereka kejahatan kaum-kaum terdahulu yang mereka lakukan kepada nabi-nabi mereka kerana Allah telah menutup pintu hati mereka untuk menerima kebenaran. Sehingga ada seorang lelaki yang berlari dari ceruk negeri tersebut menyeru penduduk di situ supaya menuruti dakwah para rasul yang diutuskan. Malangnya, para rasul dan lelaki itu terus mendapat ancaman bunuh dari penduduk di situ. Apa yang penting bagi mereka ialah menyampaikan dakwah walaupun gagal.

Jika kita mendalami maksud yang tersirat dalam kisah tersebut ia sebenarnya meniup semangat umat Islam yang sedang menyampaikan dakwah khususnya pada zaman ini. Pada hari ini umat Islam diancam melalui pelbagai bentuk ancaman dan serangan. Tidak dinafikan corak penentangan hari ini berlaku juga dengan cara fizikal (peperangan) tetapi penentangan terhadap Islam lebih menjurus dalam bentuk serangan minda melalui media. Serangan berbentuk psikologi sedikit sebanyak melemahkan semangat umat Islam.

Adakah anda masih ingat penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w pada 2005 oleh akhbar Jyllands Posten di Denmark? Penghinaan dan fitnah ini berpunca dari golongan kafir yang tidak percaya kepada kebenaran Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Kalau umat dahulu menganggap Nabi orang gila dan ahli sihir, akhbar tersebut membayangkan Nabi seorang terrorist. Penghinaan terhadap Al-Quran secara khusus juga dilakukan oleh seorang wakil parlimen Parti Kebebasan Belanda iaitu Geert Wilders yang menerbitkan sebuah filem yang berjudul Fitna. Dalam filemnya itu dia menggambarkan Al-Quran sebagai kitab fasis dan membawa ideologi Hitler. Wilders juga secara terbuka menyeru agar Al-Quran diharamkan daripada memasuki negara Belanda. Pendirian yang biasa diambil oleh umat Islam untuk membalas serangan ini biasanya melalui dua saluran yang paling diminati ramai iaitu demonstrasi jalanan dan pemboikotan barangan. Memahami surah Yasin dengan lebih mendalam sebenarnya merupakan salah satu senjata untuk mempertahankan Al-Quran melalui pendekatan ilmu selain membacanya setiap malam Jumaat. Tidak mustahil kita boleh memanfaat tafsiran surah Yasin untuk memberi keyakinan kepada masyarakat Barat bahawa Al-Quran ialah satu kebenaran yang sangat nyata!

DUA KAEDAH AL-QURAN DALAM BERHUJAH

Jika kita amati surah Yasin dengan lebih terperinci, kita akan dapati Al-Quran menggunakan dua kaedah bagi memberi keyakinan kepada kebenaran Al-Quran. Kaedah asas yang digunapakai dalam Al-Quran untuk menetapkan sesuatu kebenaran ialah dengan menerangkannya melalui ayat-ayat yang bersifat penegasan tanpa sebarang kiasan. Ayat-ayat dalam surah ini dimulakan dengan sumpahan Allah yang membuktikan Al-Quran itu benar-benar wahyu diturunkan oleh Allah dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang rasul yang diutuskan. Firman Allah: ((Yaa, Siin, Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah dan kebenaran yang kukuh, Sesengguhnya engkau benar-benar seorang rasul yang telah diutus!)). Ayat-ayat ini memberi peringatan secara lantang kepada orang-orang yang tidak beriman tentang kebenaran Al-Quran. Surah ini tidak hanya memberi manfaat kepada orang yang masih berada dalam kejahilan dan kekufuran sahaja, bahkan ia meniup semangat kepada umat Islam itu sendiri agar sentiasa membuktikan kebenaran Al-Quran dalam apa jua keadaan. Walaupun Islam dan Al-Quran dihina sepertimana yang berlaku hari ini, bagi yang sentiasa membaca dan memahami surah ini setiap minggu dia sentiasa berasa tenang kerana tugas umat Islam hanyalah menyampaikan Islam semampu yang mungkin.

Manakala kaedah kedua yang digunakan di dalam Al-Quran lebih mirip kepada membangkitkan persoalan sains dan ia selari dengan pendekatan kontemporari pada hari ini. Bagi sesiapa yang pernah membaca terjemahan surah Yasin, dia akan mendapati ayat-ayat dalam surah ini membangkitkan pelbagai isu-isu yang berkait rapat dengan sains dan fenomena alam. Lebih menarik lagi ia membincangkan kejadian-kejadian alam yang sangat menyeluruh kerana ia meliputi fenomena alam di bumi dan angkasalepas. Ayat 33-42 membincangkan pelbagai fenomena tersebut seperti penciptaan bumi, peredaran matahari dan bulan serta penciptaan setiap makhluk secara berpasangan. Kaedah yang kedua ini secara tidak langsung mampu membuktikan kebenaran Al-Quran kepada orang-orang yang berminat dengan aspek-aspek sains. Kaedah ini juga sedikit sebanyak dapat menundukkan sedikit keraguan kelompok yang menyembah sains dan teknologi serta menimbulkan persoalan dalam diri mereka: “Apakah teori-teori sains selari dengan apa yang diisyaratkan oleh Al-Quran?”

Berbicara mengenai aspek sains dalam Al-Quran penulis tertarik dengan ayat 38 dalam surah ini yang menerangkan pergerakan matahari. Al-Quran menggunakan ayat “wassyamsu tajri limustaqarrillaha” ketika menerangkan sebahagian sifat atau keadaan matahari di angkasalepas. Di dalam Al-Quran terjemahan bahasa Melayu, ayat “wassyamsu tajri” biasanya diterjemahkan samada kepada: “Dan matahari beredar”/“Dan matahari berlari”. Penulis juga mendapati beberapa terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris yang menterjemahkannya kepada: “The sun is running”/“And the sun runs”. Nampaknya kata kerja berlari tidak hanya dikhususkan untuk manusia atau haiwan, tetapi ia digunakan juga untuk sesuatu yang lain. Kita dapati pemilihan kata kerja tersebut seolah-olah memberi isyarat kepada kita untuk menghayati seketika maksud yang boleh dibincangkan melalui penggabungan perspektif bahasa dan sains.

Menurut Mansur Muhammad, seorang pengkaji kemukjizatan sains dalam Al-Quran, kata kerja (berlari) menunjukkan ia sesuatu yang benar-benar bergerak dan beredar di angkasalepas bersama-sama dengan planet-planet yang mengelilinginya dengan tarikan graviti. Kata kerja (berlari) bukan sahaja menunjukkan pergerakan sebenar matahari, tetapi ia menerangkan kepada kita betapa maha besarnya pergerakan dan kelajuan tersebut kerana (berlari) sememangnya menunjukkan sesuatu yang bergerak pantas jika dibandingkan dengan (berjalan/beredar). Penemuan-penemuan sains terkini juga menyokong kepantasan pergerakan ini dengan menyatakan matahari bergerak dengan kepantasan 19 kilometer persaat. Manakala kelajuan matahari bersama-sama dengan kumpulan planet-planetnya yang lain di sekitar pusat peredarannya dalam bimasakti bergerak dengan kepantasan 220 kilometer sesaat (lihat: Al-Kaun Wa Al-I’jaz Al-‘Ilmi Li Al-Quran, Kaherah: Dar Al-Fikr Al-‘Arabi, 1991, m/s 112). Jelas kepada kita surah Yasin yang kita baca selama ini boleh dihuraikan dengan pendekatan bahasa dan sains sekaligus. Tidak mustahil juga boleh dihuraikan lagi mengikut pendekatan yang lain bagi membuktikan kebenaran Al-Quran.

PERSPEKTIF BARU DALAM SURAH INI DAN SARANAN BAGI PEMINAT KAJIAN AL-QURAN

Tidak syak lagi surah Yasin yang kerap kita baca mempunyai pelbagai rahsia samada yang diketahui taupun tidak. Tidak salah jika kita membacanya tanpa disertai dengan kefahaman kerana membaca Al-Quran tetap menjadi ibadah. Tetapi pembacaan yang disertai dengan kefahaman sudah tentu memberikan keuntungan yang lebih. Ilmu dapat dipertingkat dan ganjaran pahala pasti lebih lumayan. Kepada yang berminat dalam kajian Al-Quran, mereka boleh mengambil surah Yasin sebagai bahan kajian bagi menarik minat masyarakat untuk menggali keunikan yang terkandung di dalamnya. Antara aspek yang menarik dalam kajian mengenai Al-Quran ialah ‘Ilm Al-Munasabat yang boleh diaplikasi kepada surah yang sedang dibincangkan ini.

Dari segi istilah, ‘Ilm Al-Munasabat ialah salah satu ilmu Al-Quran yang membicarakan tentang hubungan di antara ayat dan surah sebelum atau sesudahnya. Ilmu ini menjadikan ayat dan surah Al-Quran saling berhubungkait dengan begitu rapat dan menguatkan di antara satu sama lain. Ia juga membantu kita mengetahui sebab-sebab penyusunan ayat-ayat dalam Al-Quran. Walaupun Al-Quran diturunkan berdasarkan peristiwa tertentu selama 23 tahun, penyusunan ayat Al-Quran bukanlah sesuatu yang sia-sia ataupun suatu kebetulan (lihat: Mustafa Muslim, Mabahith Fi Al-Tafsir Al-Maudu’i, Syria: Dar Al-Qalam, 2000, m/s 58 dan 65-66). Imam Fakhruddin (meninggal 606 Hijrah), seorang ahli tafsir yang muktabar (yang diiktiraf keilmuannya) ada membincangkan hubungan di antara beberapa ayat dalam surah Yasin. Antaranya ayat-ayat mengenai kejadian bumi dan planet-planet lain mempunyai hubungan yang kukuh, iaitu bumi (tanah) sebagai keperluan dan planet sebagai perhiasaan. Bumi dan planet yang lain digandingkan bersama bagi menerangkan tingkatan keperluan manusia dari yang lebih utama (asas) kepada yang kurang penting. Selain itu, ketika pergerakan planet yang seakan-akan berenang di angkasalepas disebutkan, Allah juga menyertakan ayat yang menerangkan pergerakan kapal yang sentiasa berenang di lautan (lihat: Al-Razi, Al-Tafsir al-Kabir, Beirut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, 2000, jil. 26, m/s 68). Banyak lagi aspek hubungan di antara ayat-ayat yang menarik dibincangkan di dalam karyanya itu dan lebih menarik lagi jika beberapa contoh pandangan ahli tafsir yang hebat ini dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Kepada mereka yang sering melibatkan diri dalam aktiviti bacaan Yasin, penulis menyeru sekali lagi agar surah itu difahami maksudnya. Sebagai langkah awal, sekurang-kurangnya mereka mula membaca terjemahannya. Pada masa yang sama penguasaan bahasa Arab sudah tentu dapat ditingkatkan. Mereka juga boleh memanfaatkan fiqh (kefahaman) surah ini seperti dua kaedah berhujah untuk mempertahankan kebenaran Al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w yang telah dijelaskan tadi. Langkah seterusnya ialah mendalami tafsiran surah Yasin semampu yang mungkin dengan membuat perbincangan mengenai tafsirannya secara berperingkat-peringkat agar fadhilatnya dapat digandingkan bersam-sama dengan ilmu dan pengajaran yang terkandung di dalamnya. Buku-buku tafsir Al-Quran seperti Tafsir Al-Azhar karya Prof Hamka wajar dimanfaatkan. Sememangnya memahami tafsiran Al-Quran sesuatu yang meletihkan, tetapi ia merupakan salah satu latihan otak (brain exercises) yang mampu menajamkan pemikiran umat Islam, selain dari mengamalkan kismis doa dan air jampi Yasin. Semoga cetusan pendapat ini menjadi pendorong kepada kita untuk meneroka lagi perspektif baru dalam surah-surah Al-Quran yang lain.

PERANAN BAHASA ARAB TINGGI DALAM MEMERIHARA HADITH

BAHASA MELAYU DAN BAHASA ARAB TINGGI

Ungkapan Bahasa Melayu Tinggi merupakan satu isu yang pernah dibangkitkan di dalam majalah Pelita Bahasa keluaran Julai 2009. Sememangnya ungkapan itu tidak dapat ditemukan di dalam mana-mana kamus linguistik. Walaubagaimanapun, istilah yang tidak kita ditemui di dalam kamus mampu diterima sebagai perkataan yang mampu menarik perhatian umum dalam menjelaskan sesuatu isu semasa berkenaan penggunaan bahasa.

Sedar atau tidak, ungkapan bahasa tinggi pernah digunakan sebelum ini. Sebilangan besar pelajar sekolah menengah beraliran agama peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Malaysia mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi. Adakah Bahasa Arab Tinggi berbeza dengan Bahasa Melayu Tinggi? Pada pandangan penulis apa sahaja bahasa di dunia ini yang dikaitkan dengan ungkapan “tinggi” sudah pasti mengarah kepada pengiktirafan sesuatu bahasa sebagai bahasa perpaduan dan bahasa intelektual. Bahasa tinggi juga bukan sahaja menjurus kepada penggunaan di kalangan golongan terpelajar di dalam suasana formal, bahkan ianya juga dianggap sebagai bahasa untuk menyebar dan memelihara ilmu pengetahuan.

Dalam konteks negara Malaysia penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dicetuskan oleh para penggiat dan professional bahasa bagi merawat kadar pencemaran bahasa yang semakin galak ekoran istilah Bahasa Melayu yang dicampur adukkan dengan istilah Bahasa Inggeris, selain untuk melawan faktor-faktor yang boleh merencatkan pembudayaan bahasa. Bagaimana pula dengan Bahasa Arab Tinggi yang diajar di peringkat SPM? Secara umumnya, pengajaran Bahasa Arab Tinggi bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap Al-Quran dan Hadis serta berusaha mempertingkatkan kemahiran pelajar untuk membaca karya-karya cendikiawan Islam silam, rujukan-rujukan bahasa Arab yang terkini, disamping menanam semangat cintakan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran. Walaupun matlamat antara bahasa Melayu dan Arab dilihat berbeza dari segi ruang lingkupnya, tetapi pengiktirafan kepada ke-tinggi-an bahasa itu tetap ditonjolkan.

SERANGAN ORIENTALIS TERHADAP BAHASA ARAB STANDARD
Jikalau kedudukan dan ketinggian Bahasa Melayu terdedah kepada pencemaran bahasa rojak yang berleluasa dan merosotnya kesedaran tentang norma dan sistem bahasa kebangsaan, nilai ketinggian bahasa Arab juga pernah cuba digugat di dalam dunia Arab suatu ketika dahulu. Bahkan konflik yang berlaku di luar negara kita lebih hangat dari fenomena perdebatan bahasa yang berlaku di negara kita. Mari kita mengupas secara ringkas fenomena pertelingkahan antara Bahasa Arab Baku dan dialek-dialek pasar Arab serta kesannya kepada kedudukan Bahasa Arab Baku.

Gerakan untuk menghapuskan Bahasa Arab Baku telah dilakukan oleh beberapa tokoh orientalis barat seperti Wilhelm Spitta dan William Wilcooks yang banyak menulis mengenai seruan ke arah keperluan menghidupkan dialek-dialek Arab pasar yang pelbagai bagi menggantikan bahasa Al-Quran yang asal. Sebahagian golongan cerdik pandai Arab turut terpengaruh dengan dakyah orientalis antaranya ialah Salamah Musa, Abdul Aziz Fahmi dan Qasim Amin. (lihat: Dr. Farouq Sanitan, Al-Fusha Wa Nazariyyah Al-Fikr Al-’Ami, 1986, m/s 25).

Perlu dijelaskan di sini dialek Bahasa Arab atau bahasa percakapan hariannya sangat banyak dan berbeza dari negara-negara Arab bermula dari benua Afrika seperti Magribi dan Mesir, Semenanjung Tanah Arab seperti Arab Saudi, Yaman, Oman sehingga ke bahagian Timur iaitu Iraq dan Kuwait. Seruan ke arah mematikan peranan Bahasa Arab Baku disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama: Dialek-dialek pasar Arab secara logiknya lebih mudah dituturkan dan maksud yang disampaikan sangat ringkas dan pantas. Kedua: Kecenderungan media seperti majalah dan surat khabar yang mementingkan bahasa pasar bagi menarik minat masyarakat awam. Ketiga: Pengaruh penjajahan kuasa Barat yang mengurangkan nilai bahasa Arab asli dan kebudayaan masyarakatnya.

Orientalis barat dengan bantuan cerdik pandai Arab yang terpengaruh dengan pemikiran penjajah telah membentuk satu jawatankuasa untuk mengkaji secara ilmiah bagi mencipta kaedah penulisan dialek-dialek pasar dan tempatan. Huruf-huruf baru perlu diperkenalkan bagi menjayakan objektif tersebut untuk menggantikan huruf Arab yang asal. Hal ini akan mengakibatkan genosid terhadap Bahasa Arab yang digunakan dalam Al-Quran dan Hadis. Sekalipun demikian, Al-Quran tetap dipelihara oleh Islam kerana kitab suci tersebut telah terjamin keasliannya. Tetapi sumber kedua Islam iaitu Hadis sedikit sebanyak akan merasai kesan negatif tersebut. Ini kerana bahasa Arab standard dan bersifat “tinggi” berperanan dalam menjelaskan maksud hadis sebenar. Ia juga dapat menentukan keaslian dan kesahihan sesebuah hadis. Jika Bahasa Arab Standard dihapuskan, sudah pasti generasi muslim sedunia akan datang tidak mampu memahaminya dan maksud hadis akan mudah ditafsirkan dan diselewengkan sesuka hati.

BAHASA ARAB DAN HUBUNGANNYA DENGAN BIDANG HADIS
Berbicara mengenai Bahasa Arab dan bidang hadis, hubungan antara kedua-keduanya tidak dapat dipisahkan. Bahasa Arab Tinggi khususnya memainkan peranan penting untuk memelihara hadis dalam dua aspek penting iaitu: 1) Memastikan sesuatu hadis itu difahami sebaik mungkin oleh setiap muslim. 2) Memelihara sesuatu hadis itu dari pemalsuan dan pembohongan melalui kaedah periwayatan yang mementingkan penggunaan Bahasa Arab Baku. Oleh itu, usaha untuk menhapuskannya oleh beberapa golongan orientalis sudah pasti merosakkan kedua-dua aspek yang disebutkan tadi.

Bagi aspek yang pertama, kepentingannya sangat jelas yakni hadis yang diberitakan oleh Nabi perlu difahami oleh segenap masyarakat muslim di seluruh dunia. Sebagaimana yang kita maklum, dunia Islam merentasi setiap pelusuk dunia. Penggunaan Bahasa Arab Baku telah diiktiraf sebagai bahasa sejagat dalam peribadatan, pengajian Al-Quran dan Hadis, serta dijadikan bahasa ilmu terutama dalam bidang penulisan. Setiap masyarakat Muslim samada di Magribi, Turki, Iraq, India dan Nusantara bersatu di bawah satu bahasa untuk menjamin perpaduan dan kefahaman yang jelas terhadap kandungan yang disampaikan melalui hadis Nabi.

Aspek yang kedua pula lebih menjurus kepada memelihara Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan intelektual. Secara lebih khusus, ia berperanan dalam memelihara cara dan kaedah dalam penyampaian serta penulisan hadis Nabi. Jika tidak kerana Bahasa Arab yang bersifat tinggi, maka pincanglah proses penyampaian dan pemahaman terhadap hadis. Sebenarnya proses pemeliharaan Bahasa Arab telah dilakukan semenjak awal lagi. Pemeliharaan tersebut juga berjalan seiring dengan pemeliharaan hadis dari penyelewengan.

Para sarjana linguistik Islam silam telah menetapkan kaedah dan asas-asas untuk mengiktiraf Bahasa Arab yang baku untuk membezakan perkataan-perkataan Arab yang asli dan perkataan-perkataan yang tidak asli dan diserap dari masyarakat non-arab seperti Parsi dan Mesir. Sebagai contoh, mereka mula memperkenalkan titik dan baris bagi perkataan Arab yang mempunyai fungsi-fungsi tatabahasa tertentu. Proses ini sejajar dengan proses pengumpulan dan penyampaian hadis yang dilakukan bagi membezakan hadis yang benar dan yang palsu (lihat: Dr. Hammam Abdul Rahim, Al-Tamhid Fi Ulum Al-Hadis, 1990, m/s 71-72). Justeru, bahasa Arab dan bidang hadis saling melengkapi antara satu sama lain.

Di sini penulis ingin berkongsi maklumat beberapa contoh mengenai peranan Bahasa Arab Baku dalam memelihara keaslian hadis, di samping menjelaskan ketepatan dan kejelasan maksudnya. Dalam keadeh menyampaikan hadis, ungkapan “Haddathana” dan “Akhbarana” mempunyai maksud yang tersendiri yang hanya boleh difahami melalui Bahasa Arab Baku. Haddathana dan Akhbarana biasanya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti berikut: “Telah menceritakan kepada kami”. Perbezaan antara keduanya ialah ungkapan pertama bermaksud seorang guru atau penyampai hadis memceritakannya kepada pendengar secara lisan. Manakala ungkapan kedua bererti penuntut hadis membacanya sambil didengari dan diawasi oleh guru hadis. Kedua-dua ungkapan tadi sangat penting kerana selain membezakan maksudnya, ianya menjamin kesinambungan rangkaian penyampai hadis kepada generasi seterusnya. Ini bermakna Bahasa Arab Baku mempunyai nilai makna yang tersirat dan mampu menjelaskan sesuatu konsep dalam disiplin ilmu tertentu.

Bahasa Arab yang dituturkan oleh Nabi Muhammad juga mempuyai nilai keindahan dan kesantunan bahasanya. Melalui penggunaan Bahasa Arab yang fasih, kedudukan sesuatu hadis dapat ditentukan samada ia palsu ataupun benar. Kelemahan gaya bahasa dan makna sesuatu hadis dapat diketahui melalui penggunaan perkataan dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh yang mudah, perhatikan dua hadis ini: 1) “Aku adalah sebahagian dari nasi dan nasi adalah sebahagian dariku”. 2) “Janganlah kamu memakan labu sehingga kamu menyembelihnya”. Kedua-dua hadis ini berstatus palsu menurut para sarjana hadis kerana ia mempamerkan gaya bahasa yang tidak enak didengar dan tidak padan dengan sifat dan peribadi seorang Nabi (Ridiculous kind of Attribution and Inadequate in its style).

Tidak dapat dinafikan peri pentingnya bahasa tinggi dalam sesebuah masyarakat. Ia menjadi bahasa pemelihara, bahasa pemersatu dan bahasa ilmu. Bahasa Arab yang “tinggi” penting bagi menjamin nilai keilmuan dan kesatuan bagi masyarakat Islam secara khusus. Kepada rakyat Malaysia umumnya, Bahasa Melayu Tinggi pula perlu dilihat sebagai agen perpaduan linguistik dan pembudayaan bahasa. Seharusnya kita bersyukur kerana Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam perlembagaan negara. Sesetengah negara lain menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti yang berlaku di Kenya dan Nigeria.

MENGUASAI BAHASA ARAB MELALUI KAEDAH TENTERA


PERLUKAH ILMU-ILMU ISLAM DIAJAR DALAM BAHASA ARAB?


Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mula dicadang dan dilaksanakan pada 2003 mencetuskan pelbagai pandangan dan kritikan. Pihak yang menentang pelaksanaan dasar tersebut melihat isu ini berpunca dari krisis keyakinan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan. Bagi yang menyokong pula, dasar itu dilaksanakan agar para pelajar dapat berfikir dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Antara hujah yang lain ialah istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris lebih lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad, serta bahan rujukan dalam bahasa Inggeris juga lebih meluas. Justeru, pelajar perlu menguasai bahasa tersebut agar mampu bersaing dalam arus globalisasi dan teknologi yang semakin sengit.

Jika bahasa Inggeris wajib dikuasai untuk meningkatkan pengetahuan sains, maka logik yang sama juga boleh digunakan kepada persoalan ini: Adakah penguasaan bahasa Arab yang kukuh dapat melahirkan generasi muslim yang benar-benar memahami ilmu-ilmu Islam seperti Fardhu Ain di peringkat rendah dan Pendidikan Islam di peringkat menengah? Adakah pengajaran dan pembelajaran matapelajaran tersebut perlu dilaksanakan dalam bahasa Arab? Jika bahasa Inggeris lebih terkehadapan dalam soal sains dan teknologi, bahasa Arab pula menjadi bahasa yang penting dalam bidang keagamaan. Rujukan bahasa Arab mengenai isu-isu agama juga lebih berkembang pesat mendahului rujukan dalam bahasa Melayu.



KEDUDUKAN BAHASA ARAB DI SISI UMAT ISLAM

Tidak dinafikan hubungan antara Islam dan bahasa Arab amat kukuh. Al-Quran diturunkan dalam bahasa itu sebagai risalah akhir yang menjadi petunjuk kepada seluruh manusia. Dalam Surah Yusuf ayat 2, Allah menjelaskan: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”. Dalam ayat ini seruan menggunakan akal untuk memahami Al-Quran dititikberatkan kerana ia perlu difahami dengan sebaik-baiknya. Sudah tentu umat Islam yang bukan berbangsa Arab wajar menggandakan usaha mereka untuk memahami Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab.

Itulah kedudukan bahasa Arab di sisi umat Islam. Islam dan bahasa Arab tidak dapat dipisahkan. Jika orang yang menguasai bahasa Inggeris dipandang tinggi dalam dunia sains dan teknologi, seorang muslim yang menguasai bahasa Arab juga sudah pasti mendapat tempat yang sama. Lebih membanggakan lagi jika setiap orang Islam mampu memahami sumber-sumber asli Islam seperti rujukan fiqh, tafsir, hadith, falsafah dan tasawuf. Lalu, adakah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran apa sahaja ilmu berkaitan Islam dalam bahasa Arab perlu diperkenalkan bagi melahirkan generasi muslim yang berkualiti?

Sudah pasti cadangan tadi mengundang bantahan dari pelbagai pihak terutamanya para pecinta bahasa kebangsaan. Penulis berpendapat ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab merupakan entiti yang perlu dibincangkan secara berasingan. Tahap pengetahuan umat Islam terhadap agama mereka ialah satu masalah. Begitu juga dengan tahap penguasaan mereka dalam bahasa Arab, ia juga merupakan satu masalah yang tersendiri. Jika umat Islam pada hari ini masih tidak menguasai bahasa Arab sepenuhnya, maka tumpuan yang perlu ditekankan ialah kaedah pengajaran yang tepat dan efektif. Manakala idea meng-arab-kan pengajaran ilmu-ilmu Islam seperti yang dibangkitkan tadi akan melibatkan proses perubahan dasar pendidikan dan bahasa yang memakan masa serta merancakkan perdebatan yang tidak berkesudahan sepertimana yang berlaku dalam isu PPSMI.

KAEDAH TENTERA DAN KONSEP “TOTAL IMMERSION”
Hari ini bahasa Arab dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu. Antara objektif umat Islam mempelajari bahasa itu ialah untuk memahami Al-Quran dan Hadith. Tidak kurang juga yang hendak meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr. Mahmud Al-Naqah, seorang pakar pengajaran bahasa Arab, beliau menyatakan majoriti orang dewasa mempelajari bahasa asing menjadikan kefasihan dalam pertuturan sebagai matlamat utama. Manakala ibubapa yang menghantar anak-anak mereka belajar bahasa asing berharap agar mereka bertutur dengan yakin dan lancar (Lihat: Ta’lim Al-Lughah Al-‘Arabiyyah Li Al-Natiqin Bilughat Ukhra, 1985, mls 151-152). Sejauh manakah objektif tersebut membuahkan hasil? Antara masalah yang kita hadapi ialah tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Arab walaupun telah mempelajarinya dalam tempoh yang agak lama.

Walaupun pelbagai kaedah pengajaran dan buku-buku yang membantu banyak dihasilkan, kita juga perlu melihat pengalaman masyarakat Barat ketika Perang Dunia ke-2. Pengalaman mereka sebenarnya sangat menarik untuk dibincangkan. Peperangan di antara AS dan Jerman menyebabkan AS terpaksa melengkapkan tenteranya dengan keperluan bahasa, budaya dan sejarah bangsa Jerman untuk tujuan perisikan. Tentera AS dengan bantuan pihak universiti telah menyusun satu program khas yang dinamakan sebagai “Army Specialized Training Programme” yang dikenali sebagai “ASTP”. Latihan yang cukup pantas dan menyeluruh dilaksanakan. Mereka telah membina sebuah perkampungan ala-Jerman, mengamalkan budaya dan makanan bangsa Jerman.

Selepas beberapa bulan, keputusan program tersebut membuahkan kejayaan yang menakjubkan. Para peserta dalam program itu berjaya berkomunikasi dalam bahasa Jerman dengan begitu fasih dalam masa yang singkat. Sejak dari itu, kaedah “Army Method” dipercayai mengandungi rahsia kejayaaan dalam bidang pengajaran bahasa. Bagaimana kaedah tersebut berjaya menghasilkan penutur yang fasih dalam bahasa yang dipelajarinya? Adakah ia boleh diaplikasi dalam pengajaran bahasa Arab dalam masa yang singkat?

Franz Boaz, seorang ahli linguistik dan antropologi barat menjelaskan keberkesanan kaedah itu. Beliau menyatakan masa yang cukup diperlukan untuk tujuan meniru gaya dan lenggok percakapan. Latihan pertuturan dilakukan dalam suasana semulajadi. Oleh itu, apa yang diperlukan ialah pengetahuan dan hubungan semasa yang banyak mengenai bahasa asing yang dipelajari. Selain itu, para peserta program diagih-agihkan ke dalam kelas-kelas yang bersaiz kecil bagi memantapkan latihan. Mereka dilatih oleh penutur asli bahasa Jerman yang juga merupakan seorang informer bagi pihak AS. Latihan tertumpu kepada hafalan, penggunaan gambar, carta dan kaset (lihat: W.F Mackey, Language Teaching Analysis, 1969, m/s 150).

Melalui kaedah ini, maka lahirlah konsep yang dinamakan sebagai “Total Immersion”. Konsep ini kemudian menjadikan falsafah dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa asing/kedua. Konsep ini boleh didefinisikan sebagai kebolehan seseorang untuk berfikir dalam bahasa tertentu dan mampu untuk berkomunikasi secara efektif kerana telah menguasai sepenuhnya sesuatu bahasa yang dipelajarinya. Dengan kata yang lain, seolah-olah dia boleh menyelami gaya bahasa asing dengan berfikir (think), menghayati (feel), membaca (read) dan berkomunikasi dengan lancar. Ringkasnya kaedah tersebut memberi kita isyarat bahawa sesuatu bahasa asing itu dapat dikuasai dengan pemantapan kaedah pengajaran tanpa melibatkan perubahan dasar pendidikan dan bahasa.

MEMANFAATKAN KAEDAH INI UNTUK PENTERJEMAHAN DAN PELANCONGAN
Berdasarkan kepada kaedah yang dihuraikan tadi, ia boleh dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa Arab dan juga bahasa-bahasa yang lain. Kaedah tadi mampu menghasilkan pelajar yang fasih bertutur dalam tempoh yang singkat. Untuk menjayakan kaedah ini, pihak kerajaan khususnya perlu memberi sokongan kepada institusi-institusi akademik untuk memantapkan lagi kaedah pengajaran bagi meningkatkan kemahiran bahasa asing.

Untuk bahasa Arab penulis berpendapat kaedah tadi perlu ditumpukan kepada dua bidang kemahiran iaitu kemahiran menterjemah dan kemahiran berkomunikasi. Kemahiran menterjemah dapat membantu usaha menhasilkan karya terjemahan yang berkualiti tinggi dalam tempoh yang singkat. Karya-karya klasik dan isu-isu kontemporari Islam dalam bahasa Arab yang diterjemah akan dapat diikuti dengan pantas oleh masyarakat awam. Walaubagaimanpun, kemahiran menterjemah lebih bersifat elit kerana tidak semua orang mempunyai bakat menterjemah. Tetapi kemahiran berkomunikasi jauh lebih mudah untuk dikuasai.

Penguasaan yang baik dan kemahiran dalam komunikasi bahasa kedua contohnya, dapat menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan negara. Minat yang semakin meningkat untuk ke Malaysia terutamanya para pelancong dari Timur Tengah memerlukan tourist guide yang professional. Pemandu pelancong wajar dilatih dengan kemahiran bertutur pelbagai dialek bahasa Arab selain dari bahasa Arab yang standard. Ini kerana negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Jordan, Mesir dan Sudan mempunyai dialek yang berbeza. Pemandu pelancong yang mahir bertutur dalam dialek yang pelbagai dan mempunyai pengetahuan tentang adat dan budaya masyarakat Arab mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain. Malah para pelancong Arab akan membantu usaha mempromosi pelancongan ke Malaysia dan ia secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

Menguasai apa sahaja bahasa asing dalam masa yang singkat bukannya sesuatu yang mustahil. Susah atau senangnya sesuatu bahasa bukanlah disebabkan faktor struktur dan sistem bahasa atau kelemahan dasar pendidikan, tetapi ia bergantung kepada language and cultural exposure (pendedahan kepada bahasa dan budaya) serta latihan secara intensif melalui kaedah yang tepat. Sebagai contoh, warga asing juga mampu menguasai bahasa Melayu dalam beberapa bulan sahaja. Hal ini diakui oleh Kalthum Ibrahim, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia: “Penguasaan bahasa asing memerlukan kaedah pengajaran yang tepat. Pengalaman saya mengajar diplomat asing menunjukkan mereka dapat menguasai bahasa Melayu dalam masa empat bulan” (Berita Harian, Khamis 30 April 2009, Kolum Sastera, m/s 19).

Kepada umat Islam khususnya mereka perlu menggandakan usaha untuk mendalami bahasa Arab secepat mungkin bagi memantapkan lagi kefahaman Islam dan komunikasi. Kaedah yang tepat untuk menguasai bahasa itu dapat melenyapkan andaian dan alasan yang tidak berasas. Lebih membanggakan lagi jika penguasaan bahasa Arab dan Inggeris dapat dipadukan oleh generasi Muslim pada masa akan datang, di samping memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk menghadapi arus globalisasi berteraskan nilai-nilai Islam.

Thursday, May 27, 2010





DAURAH AL-MUKATHTHAFAH LI AL-LUGHAH AL-'ARABIYYAH


KURSUS ASAS DAN LANJUTAN BAHASA ARAB


Kursus ini ialah antara kursus yang ditawarkan di satu-satunya institut tinggi pengajian Islam di Johor bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Arab di kalangan para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di IPTA ataupun di Timur Tengah.

Kursus ini dikendalikan oleh pihak akdemik MARSAH dan para pensyarah luar dan dalam negara. Antara pensyarah dari luar negara ialah dari Jordan iaitu:
1-Emad Al-Battah
2-Yousef Daradkeh
3-Islam Shatnawi

dan Pensyarah dalam negara:
1-Ustaz Abdul Ghani
2-Ustaz Muhtar

Dalam kursus ini, para pelajar didedahkan dengan satu slogan yang penting iaitu:
KAMI MEMPELAJARI BAGAIMANA MENGGUNAKAN BAHASA ARAB, BUKAN BELAJAR TENTANG BAHASA ARAB....

Apa yang dimaksudkan dengan penyataan tadi? Ikutilah kursus ini untuk mengetahui rahsia menguasai bahasa Arab dalam tempoh yang singkat. Kursus ini mengambil masa 6 bulan. Walaubagaimanapun pelajar boleh mengambil kursus ini selama 3 bulan sahaja iaitu KURSUS ASAS, bagi yang ingin memantapkan lagi bahasa Arab mereka, penambahan 3 bulan selanjutnya bukanlah perkara yang merugikan kerana semakin lama anda bertutur dan melatihkan diri untuk menggunakan bahasa Arab selagi itu anda akan terus menguasai bahasa Arab dengan baik dan lancar.

KELEBIHAN PENSYARAH ARAB:

Membantu pelajar menuturkan huruf dan ayat dengan lebih sempurna mengikut laras bahasa dan intonasi yang betul. Juga memberi gambaran yang jelas terhadap gaya bahasa Arab yang betul dan mengurangkan pengaruh gaya bahasa ibunda.

KELEBIHAN PENSYARAH MELAYU:

Mereka mengetahui aspek-aspek kemudahan dan kesukaran ketika mempelajari bahasa Arab. Para pelajar dapat belajar dari kesilapan dalam menggunakan bahasa Arab. Pelajar juga akan memperolehi beberapa formula untuk menguasai bahasa Arab sehingga dapat membandingkan struktur ayat dan dialog dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu tanpa dipengaruhi oleh terjemahan.

Subjek-subjek kursus:

1. Ta'bir Wa Al-Hiwar(Speaking Skills)
2. Mahfudzat
3. Mutala'ah (Reading Skills)
4. Khitabah (Public Speaking)
5. Insya' (Arabic Composition)
6. Qawa'id (Arabic Syntax&Morphology)
7. Nadwah (Arabic Seminar)
PENGENALAN RINGKAS ULUM AL-HADITH

Definisi ulum al-hadith

Satu kaedah yang digunakan untuk memastikan keadaan sanad dan matn sesuatu hadith itu samada maqbul (dapat diterima) atau mardud (patut ditolak).

Sanad: untaian perawi-perawi hadith
Matn: lafaz atau isi kandungan hadith

Definisi mustalah al-hadith

Kaedah untuk memastikan keadaan sanad dan matn hadith samada dapat diterima atau patut ditolak.

Faedah mempelajari ulum al-hadith


• Dapat mengetahui dan memastikan kedudukan sesuatu hadith samada sahih atau tidak
• Mudah untuk membuat penilaian mengenai sesuatu hadith itu benar-benar datang daripada Rasul Allah atau tidak
• Dapat memelihara hadith daripada tercemar dengan hadith palsu
• Dapat mengambil iktibar kesungguhan para perawi dalam meriwayatkan hadith

Definisi hadith

Perkara yang disandarkan kepada Nabi baik berupa perkataan, perbuatan, perakuan mahupun sifat.

Definisi hadith nabawi


Sesuatu yang disandarkan kepada Rasul Allah samada dari segi perkataan, perbuatan, taqrir (perakuan) atau sifat baginda.

Definisi hadith qudsi

Sesuatu yang disandarkan kepada Allah yang dikhabarkan-Nya kepada Rasul Allah melalui ilham atau mimpi dalam bentuk kata-kata Rasul Allah sendiri.

Perbandingan antara hadith nabawi dengan hadith qudsi

Hadith nabawi
• Lafaz dan makna adalah dari Rasul Allah sendiri
• Sebahagian besarnya adalah wahyu Allah manakala sebahagian lagi adalah ijtihad Rasul Allah sendiri
• Dari segi sanad, ia disandarkan kepada Rasul Allah

Hadith qudsi
• Makna adalah dari Allah tetapi lafaz adalah dari Rasul Allah sendiri
• Semua adalah wahyu yakni datang daripada Allah
• Disandarkan kepada Allah / Allah sebagai pencerita

TAJUK PEMBENTANGAN DAN TUGASAN


TAJUK-TAJUK TUGASAN DAN PEMBENTANGAN SUBJEK KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

KUMPULAN 1: PERBEZAAN KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB UNTUK PERINGKAT DEWASA DAN RENDAH
طرق تدريس اللغة العربية للكبار والصغار

KUMPULAN 2: PERBEZAAN JANTINA DALAM PENGUASAAN BAHASA KEDUA
الذكور والإناث في اكتساب اللغة الثانية


KUMPULAN 3: PERBEZAAN ANTARA KATA KERJA DALAM BAHASA ARAB DAN BAHASA INGGERIS
أوجه الافتراق بين الفعل في اللغتين العربية والإنجليزية

KUMPULAN 4: BEBERAPA BENTUK LATIHAN PENGUKUHAN KOMUNIKASI BAHASA ARAB
بعض التدريبات اللغوية لتنمية مهارات الكلام


KUMPULAN 5: KEMAHIRAN MENGHURAI BEBERAPA CONTOH NAHU BAHASA ARAB
مهارات شرح قواعد نحوية عربية


KUMPULAN 6: KEMAHIRAN MENGHURAI BEBERAPA CONTOH MORFOLOGI BAHASA ARAB
مهارات شرح قواعد صرفية عربية


KUMPULAN 7: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
أسباب الضعف في تعلم اللغة العربية

NAMA-NAMA PELAJAR MENGIKUT KUMPULAN:

KELAS 1

KUMPULAN 1
Aminuddin
Wira Abdullah
M. Daniel
Mohamad Syazwan bin Ngadi@ Ngadiman

KUMPULAN 2
Mohamad Hafiz bin Kassim
Amirul Akhmal Bin A. Shukor
Ahmad Zakuan
Muhamad Idzmir Shah bin Yahya

KUMPULAN 3
Muhammad Kamil Bin Abdul Karim
Mohammad Amirul Adha Bin Januri
Md Yunos bin Radiman
Bahtiar bin Mustapha

KUMPULAN 4
Muhammad Nizamuddin Bin Sulaiman
Mohd Fahmi Bin Sahar
Md. Suhaimi Bin Ab. Hafidz
Mohamad Huzaifah bin Mohamad

KUMPULAN 5
Nadzirah binti Abd Rahman
Noor Liyana binti Hussin
Siti Nur Atiqah Binti Nordin
Farhanah binti Noordin

KUMPULAN 6
Armaizura Binti Arifin
Nur Azlina Binti Mohamad
Sharifah Nur Farhah binti Syed Nasaruddin
Mahliah binti Md Salleh

KUMPULAN 7
Farah Diyana Bt Md Salleh
Noor Hidayah Binti Jamal
Noor Azira binti Ahmad Juini
Adilah Binti Muhtar

KUMPULAN 8
Siti Rahmah
Nur Nadirah
Fadillah
Nurul Syuhadah

KELAS 2

KUMPULAN 1

Mohammad Fikri Bin Mohd Sidek
Mohd Fauzi Bin Musa
Mohd Firdaus bin Rashid
Mohd Hakim bin Mohd Yahya
Mohd Iskandar Bin Omar

KUMPULAN 2

Nurharyati binti Nordin
Nur Izzaty Haziqah Bt Mohd Johan
Nur Shafiqa binti Mohamad
Nurhasikin Bt Mamajan Khan


KUMPULAN 3

Madihah Binti Misnoh
Nuraqilah Binti Hamdan
Nur Aizzat binti Kamarusaman
Nurul Zafira binti Zakariah

KUMPULAN 4

Mohd Syafiq bin Md Salleh
Mohd Tauhid bin Samsudin
Muhamad Husaimi bin Abdul Rahman
Muhamamd Syafiq Bin Bani
Muhammad Aliff bin Md Zuli

KUMPULAN 5

Siti Maryam Binti Othman
Nur Haida binti Muhamad
Rabiatul Adawiya Binti Ahmad
Nurazizah Binti Othman

KUMPULAN 6

Norazlin Binti Hassan
Nurul Nadirah Binti Saadon
Nurlaila binti Iskandar
Farawahyida Binti Khalid


KUMPULAN 7

Muhammad Amzar bin Roslan
Muhammad Ariff Bin Sanusi
Muhammad Azizi bin Rahmat
Muhammad Nazif Bin Asman
Mohd Zulrapi Samani
Mohd Amirul Hakim Abd Rahim


KELAS 3

KUMPULAN 1

Mohamad Ikhwan Bin Abd. Hamid
Mohd Khudzairi bin Saimin
Shahrul Anuar bin Saim
Azizi Nazwan

KUMPULAN 2
Muhammad Firdaus B. Abu Bakar
Muhammad Fazlee
Fadillah Fahmi
Zulhusni bin Abu Naim
Nazwan bin Sakam
Hairee Rojingee

KUMPULAN 3

Muhammad Nur Hafidzuddin B. Johari
Muhammad Taufiq B Abd Hamid
Muhammad Azlan
Muhammad Hafizi
Muhammad Iqbal

KUMPULAN 4

Siti Hawa binti Johari
Siti Fatimah binti Sulaiman
Yatimah binti Sahar
Siti Norain binti Amir

KUMPULAN 5

Zanariah Bt Ab Hafidz
Siti Hamidah binti Turut
Zariq Afeeqa Binti Alias
Rokiah Binti Sulaiman

KUMPULAN 6
Radhiahtul Akmar binti A.Bakar
Razilah binti Mohd Said @Masid
Sahidatul binti Ahbiah@Hamzah

KUMPULAN 7
Siti Bayati binti Mohamad
Siti Nor Shakilah binti Johar
Zellawati Binti Samsudin
Siti Faraha Fatin bte Ahmad Tarmidi

**Tarikh pembentangan dan tugasan akan dibincangkan bersama semua pelajar apabila kuliah bermula.

Disediakan oleh:
Muhammad Hakim Rosly

Asas Bahasa Arab


Dalam subjek ini tajuk-tajuk berikut akan dibincangkan:

1. Definisi MANHAJ DIRASI (Objektif, Kandungan, Kaedah dan Penilaian) (1 minggu)

2. Beberapa istilah penting dalam bidang Pengajaran Bahasa Kedua (1 minggu)

3. Kepentingan Bahasa Arab dan objektif pengajarannya di Malaysia (1 minggu)

4. Sistem Fonetik dan Sintaksis Bahasa Arab (2 minggu)

5. Sistem Morfologi Bahasa Arab (2 minggu)

6. Analisis Umum Buku Teks Bahasa Arab dan Pembentangan (3 minggu)

7. Al-I'rab: Kasus Nominatif (Al-Marfu'at Min Al-Asma') (1 minggu)

8. Al-I'rab: Kasus Akusatif (Al-Mansubat Min Al-Asma') (1 minggu)

9. Al-I'rab: Kasus Genitif (Al-Majrurat Min Al-Asma')(1 minggu)

10. Latihan pengukuhan, ulangkaji dan perbincangan (1 minggu)

Wednesday, May 26, 2010

Tajuk Utama Kuliah

Minggu 1 - 6:
KAJIAN BUKU TEKS BAHASA ARAB TAHUN 1, 2, 3, 4, 5, DAN 6.

Nota: Setiap minggu 1 buku akan dianalisa semasa kuliah.


Minggu 7:
PENGGUNAAN BAHASA ARAB DALAM SITUASI TERTENTU


Minggu 8:
MASALAH DAN ISU PENGAJARAN BAHASA ARAB


Minggu 9:
KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO


Minggu 10:
CIRI-CIRI KEMAHIRAN MENGHURAI

Minggu 10 - 14:

PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN
Nota: Walaubagaimanapun, pembentangan akan dilaksanakan lebih awal dari
susunan silibus subjek.
TAJUK-TAJUK TUGASAN DAN PEMBENTANGAN SUBJEK KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

KUMPULAN 1 (PERBEZAAN KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB UNTUK PERINGKAT RENDAH DAN DEWASA)
طرق تدريس اللغة العربية للكبار والصغار

KUMPULAN 2 (PERBEZAAN JANTINA DALAM PENGUASAAN BAHASA KEDUA)
الذكور والإناث في اكتساب اللغة الثانية


KUMPULAN 3 (PERBEZAAN ANTARA KATA KERJA DALAM BAHASA ARAB DAN BAHASA INGGERIS)
أوجه الافتراق بين الفعل في اللغتين العربية والإنجليزية

KUMPULAN 4 (BEBERAPA BENTUK LATIHAN PENGUKUHAN KOMUNIKASI BAHASA ARAB)
بعض التدريبات اللغوية لتنمية مهارات الكلام


KUMPULAN 5 (KEMAHIRAN MENGHURAI BEBERAPA CONTOH NAHU BAHASA ARAB)
مهارات شرح قواعد نحوية عربية


KUMPULAN 6 (KEMAHIRAN MENGHURAI BEBERAPA CONTOH MORFOLOGI BAHASA ARAB)
مهارات شرح قواعد صرفية عربية


KUMPULAN 7 (FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB)
أسباب الضعف في تعلم اللغة العربية

NAMA-NAMA PELAJAR MENGIKUT KUMPULAN:

KELAS 1

KUMPULAN 1

Amirul Akhmal Bin A. Shukor
Muhammad Kamil Bin Abdul Karim
Farhanah binti Noordin
Noor Liyana binti Hussin

KUMPULAN 2

Muhammad Nizamuddin Bin Sulaiman
Md Yunos bin Radiman
Zakuan
Adilah Binti Muhtar
Nadzirah binti Abd Rahman

KUMPULAN 3
Wira Abdullah
Bahtiar bin Mustapha
Muhamad Idzmir Shah bin Yahya
Noor Azira binti Ahmad Juini
Siti Rahmah

KUMPULAN 4

M. Daniel
Mohamad Huzaifah bin Mohamad
Armaizura Binti Arifin
Fadillah

KUMPULAN 5
Mohd Fahmi Bin Sahar
Sharifah Nur Farhah binti Syed Nasaruddin
Mohamad Syazwan bin Ngadi@ Ngadiman
Nur Nadirah
Azlina Binti Mohamad

KUMPULAN 6

Aminuddin
Md. Suhaimi Bin Ab. Hafidz
Mahliah binti Md Salleh
Farah Diyana Bt Md Salleh
Nurul Syuhadah

KUMPULAN 7

Mohamad Hafiz bin Kassim
Mohammad Amirul Adha Bin Januri
Siti Nur Atiqah Binti Nordin
Noor Hidayah Binti Jamal

KELAS 2

KUMPULAN 1

Mohammad Fikri Bin Mohd Sidek
Mohd Fauzi Bin Musa
Mohd Firdaus bin Rashid
Mohd Hakim bin Mohd Yahya
Mohd Iskandar Bin Omar

KUMPULAN 2

Nurharyati binti Nordin
Nur Izzaty Haziqah Bt Mohd Johan
Nur Shafiqa binti Mohamad
Nurhasikin Bt Mamajan Khan


KUMPULAN 3

Madihah Binti Misnoh
Nuraqilah Binti Hamdan
Nur Aizzat binti Kamarusaman
Nurul Zafira binti Zakariah

KUMPULAN 4

Mohd Syafiq bin Md Salleh
Mohd Tauhid bin Samsudin
Muhamad Husaimi bin Abdul Rahman
Muhamamd Syafiq Bin Bani
Muhammad Aliff bin Md Zuli

KUMPULAN 5

Siti Maryam Binti Othman
Nur Haida binti Muhamad
Rabiatul Adawiya Binti Ahmad
Nurazizah Binti Othman

KUMPULAN 6

Norazlin Binti Hassan
Nurul Nadirah Binti Saadon
Nurlaila binti Iskandar
Farawahyida Binti Khalid


KUMPULAN 7

Muhammad Amzar bin Roslan
Muhammad Ariff Bin Sanusi
Muhammad Azizi bin Rahmat
Muhammad Nazif Bin Asman
Mohd Zulrapi Samani
Mohd Amirul Hakim Abd Rahim


KELAS 3

KUMPULAN 1

Mohamad Ikhwan Bin Abd. Hamid
Mohd Khudzairi bin Saimin
Shahrul Anuar bin Saim
Azizi Nazwan

KUMPULAN 2
Muhammad Firdaus B. Abu Bakar
Muhammad Fazlee
Fadillah Fahmi
Zulhusni bin Abu Naim
Nazwan bin Sakam
Hairee Rojingee

KUMPULAN 3

Muhammad Nur Hafidzuddin B. Johari
Muhammad Taufiq B Abd Hamid
Muhammad Azlan
Muhammad Hafizi
Muhammad Iqbal

KUMPULAN 4

Siti Hawa binti Johari
Siti Fatimah binti Sulaiman
Yatimah binti Sahar
Siti Norain binti Amir

KUMPULAN 5

Zanariah Bt Ab Hafidz
Siti Hamidah binti Turut
Zariq Afeeqa Binti Alias
Rokiah Binti Sulaiman

KUMPULAN 6
Radhiahtul Akmar binti A.Bakar
Razilah binti Mohd Said @Masid
Sahidatul binti Ahbiah@Hamzah

KUMPULAN 7
Siti Bayati binti Mohamad
Siti Nor Shakilah binti Johar
Zellawati Binti Samsudin
Siti Faraha Fatin bte Ahmad Tarmidi

**Tarikh pembentangan dan tugasan akan dibincangkan bersama semua pelajar apabila kuliah bermula.

Disediakan oleh:
Muhammad Hakim Rosly

Wednesday, May 19, 2010

TAJUK KULIAH BAHASA ARAB

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
كيف حالكم جميعاً؟

Berikut ialah topik-topik utama yang akan dibincangkan pada minggu pertama kuliah:

Minggu 1:

ASAS LINGUISTIK DAN KOMUNIKASI BAHASA ARAB:
- HURUF, INTONASI/STRESS MAD, MUDZAKKAR DAN MUANNATH, ISM AL-ISYARAH, TAHIYYAH 'ARABIYYAH, HURUF AL-JAR, MUFRADAT ASASIYYAH, NOMBOR, KATA GANTI NAMA MUTTASIL DAN MUNFASIL).

Pelajar diminta sentiasa merujuk kepada blog ini bagi melihat gambaran awal topik perbincangan. Terima kasih.

Monday, May 17, 2010

اللغة العربية مفتاح العلوم الإسلامية



Sebagai bakal pendidik yang akan mengajar Bahasa Arab kepada generasi muslim masa akan datang, kita harus sedar bahawa memahami Bahasa Arab ialah satu keperluan dan langkah asas yang perlu diperkukuhkan. Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia dalam Bahasa Arab. Kemudian ia dibukukan agar ia menjadi kitab yang dibaca dan juga difahami. Penguasaan Bahasa Arab akan membantu kita memahami ilmu-ilmu Islam dengan lebih luas lagi.



إنـا أنزلنــــاه قرآنـــا عربيا لعلـــــكم تعلقـــون

سورة يوسف الآية: 2



Untuk persediaan semester 1 sesi 2010/2011, para pelajar perlu memahami asas-asas linguistik Bahasa Arab dan kemahiran komunikasi samada pertuturan dan penulisan dengan sebaiknya. Sebagai langkah awal, para pelajar diharap dapat mencari buku teks Bahasa Arab Sekolah Rendah keluaran Jabatan Agama Johor. Semasa kuliah buku-buku tersebut akan dianalisis dan dibincangkan bersama. Nota tambahan kuliah akan disertakan.


Selamat Belajar!

Wednesday, May 5, 2010

PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB


Salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog ini terutama kepada para pelajar di bawah bimbingan saya. Blog ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan Pengajian Islam dan Bahasa Arab secara umum.


Blog ini juga merupakan sumber nota-nota kuliah yang akan dibincangkan pada semester yang akan datang. Memandangkan konsep pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus kepada konsep :E-Learning, diharapkan kita dapat sama-sama memanfaatkan teknologi terkini dalam komunikasi antara pensyarah dan pelajar.



Terima Kasih.



-Muhammad Hakim Rosly

Tenaga Pengajar

Kolej Pengajian Islam Johor

MARSAH




BERDAMPING DENGAN JIN? MENGAPA TIDAK DENGAN AL-QURAN? IA LEBIH BERMAKNA! Dapatkan buku yang diterjemahkan dan dimurnikan dalam b...