Friday, June 10, 2011

Penilaian Ulum Hadith


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER (MID-TERM) = 30%

TUGASAN (ULASAN ARTIKEL) = 25%

PEMBENTANGAN = 20%

KUIZ = 15%

KEHADIRAN DAN SAHSIAH = 10%


Catatan:

Bagi tugasan (ulasan artikel/article review), setiap pelajar boleh memilih apa sahaja artikel yang berkaitan dengan ulum hadith. Setiap pelajar perlu membaca dan menganalisa artikel yang dipilih. Tugasan ini ialah tugasan individu dan perlu dihantar dalam tulisan tangan. Berikut ialah beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum dan semasa ketika mengulas artikel:

1. Pelajar bebas memilih artikel samada dari internet, majalah atau kertas kerja. (Contoh kertas kerja boleh didapati dari pensyarah).

2. Pelajar boleh memilih artikel dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab.

3. Ulasan artikel tidak boleh melebihi 5 helai (tidak termasuk muka depan dan mukasurat untuk rujukan).

4. Format ulasan artikel boleh didapati di dalam blog ini di bahagian menu bahagian atas blog ini sebaris dengan menu maklum balas, profile dan academic consultation.

5. Ulasan artikel wajib dihantar pada waktu yang ditetapkan oleh pensyarah.

6. Salinan artikel yang dipilih perlu disertakan sekali ketika tugasan ini dihantar.

No comments:

Post a Comment

BERDAMPING DENGAN JIN? MENGAPA TIDAK DENGAN AL-QURAN? IA LEBIH BERMAKNA! Dapatkan buku yang diterjemahkan dan dimurnikan dalam b...