Monday, May 17, 2010

اللغة العربية مفتاح العلوم الإسلامية



Sebagai bakal pendidik yang akan mengajar Bahasa Arab kepada generasi muslim masa akan datang, kita harus sedar bahawa memahami Bahasa Arab ialah satu keperluan dan langkah asas yang perlu diperkukuhkan. Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia dalam Bahasa Arab. Kemudian ia dibukukan agar ia menjadi kitab yang dibaca dan juga difahami. Penguasaan Bahasa Arab akan membantu kita memahami ilmu-ilmu Islam dengan lebih luas lagi.



إنـا أنزلنــــاه قرآنـــا عربيا لعلـــــكم تعلقـــون

سورة يوسف الآية: 2



Untuk persediaan semester 1 sesi 2010/2011, para pelajar perlu memahami asas-asas linguistik Bahasa Arab dan kemahiran komunikasi samada pertuturan dan penulisan dengan sebaiknya. Sebagai langkah awal, para pelajar diharap dapat mencari buku teks Bahasa Arab Sekolah Rendah keluaran Jabatan Agama Johor. Semasa kuliah buku-buku tersebut akan dianalisis dan dibincangkan bersama. Nota tambahan kuliah akan disertakan.


Selamat Belajar!

No comments:

Post a Comment

BERDAMPING DENGAN JIN? MENGAPA TIDAK DENGAN AL-QURAN? IA LEBIH BERMAKNA! Dapatkan buku yang diterjemahkan dan dimurnikan dalam b...