Thursday, May 27, 2010





DAURAH AL-MUKATHTHAFAH LI AL-LUGHAH AL-'ARABIYYAH


KURSUS ASAS DAN LANJUTAN BAHASA ARAB


Kursus ini ialah antara kursus yang ditawarkan di satu-satunya institut tinggi pengajian Islam di Johor bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Arab di kalangan para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di IPTA ataupun di Timur Tengah.

Kursus ini dikendalikan oleh pihak akdemik MARSAH dan para pensyarah luar dan dalam negara. Antara pensyarah dari luar negara ialah dari Jordan iaitu:
1-Emad Al-Battah
2-Yousef Daradkeh
3-Islam Shatnawi

dan Pensyarah dalam negara:
1-Ustaz Abdul Ghani
2-Ustaz Muhtar

Dalam kursus ini, para pelajar didedahkan dengan satu slogan yang penting iaitu:
KAMI MEMPELAJARI BAGAIMANA MENGGUNAKAN BAHASA ARAB, BUKAN BELAJAR TENTANG BAHASA ARAB....

Apa yang dimaksudkan dengan penyataan tadi? Ikutilah kursus ini untuk mengetahui rahsia menguasai bahasa Arab dalam tempoh yang singkat. Kursus ini mengambil masa 6 bulan. Walaubagaimanapun pelajar boleh mengambil kursus ini selama 3 bulan sahaja iaitu KURSUS ASAS, bagi yang ingin memantapkan lagi bahasa Arab mereka, penambahan 3 bulan selanjutnya bukanlah perkara yang merugikan kerana semakin lama anda bertutur dan melatihkan diri untuk menggunakan bahasa Arab selagi itu anda akan terus menguasai bahasa Arab dengan baik dan lancar.

KELEBIHAN PENSYARAH ARAB:

Membantu pelajar menuturkan huruf dan ayat dengan lebih sempurna mengikut laras bahasa dan intonasi yang betul. Juga memberi gambaran yang jelas terhadap gaya bahasa Arab yang betul dan mengurangkan pengaruh gaya bahasa ibunda.

KELEBIHAN PENSYARAH MELAYU:

Mereka mengetahui aspek-aspek kemudahan dan kesukaran ketika mempelajari bahasa Arab. Para pelajar dapat belajar dari kesilapan dalam menggunakan bahasa Arab. Pelajar juga akan memperolehi beberapa formula untuk menguasai bahasa Arab sehingga dapat membandingkan struktur ayat dan dialog dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu tanpa dipengaruhi oleh terjemahan.

Subjek-subjek kursus:

1. Ta'bir Wa Al-Hiwar(Speaking Skills)
2. Mahfudzat
3. Mutala'ah (Reading Skills)
4. Khitabah (Public Speaking)
5. Insya' (Arabic Composition)
6. Qawa'id (Arabic Syntax&Morphology)
7. Nadwah (Arabic Seminar)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam,ustaz klu amik kursus daurh sebaiknya 3 bln atau 6 bln??insyallah klu ada rzeki saya nk amik krsus daurah,utk mndlmi ilmu bahasa arab dengan lbh mendalam.

    ReplyDelete

BERDAMPING DENGAN JIN? MENGAPA TIDAK DENGAN AL-QURAN? IA LEBIH BERMAKNA! Dapatkan buku yang diterjemahkan dan dimurnikan dalam b...