Thursday, June 10, 2010

SELAMAT DATANG KE MARSAH...


Pengajaran dan pembelajaran melalui konsep e-learning merupakan satu pendekatan kontemporari yang sedang mendapat tempat dalam dunia pendidikan. Penggunaan blog antara pensyarah dan pelajar ialah antara salah satu unsur penting dalam e-learning. Secara ringkas e-learning atau pembelajaran elektronik ialah penggunaan elektronik untuk tujuan pembelajaran. E-Learning melibatkan pembelajaran menerusi laman web dan komputer serta pertukaran maklumat secara digital. Penggunaan blog bukanlah satu tamparan negatif terhadap pendekatan tradisionalis, malah ia merupakan satu integrasi antara kedua-dua pendekatan supaya proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Dalam blog ini, para pelajar boleh mengetahui perkara-perkara berikut dengan lebih pantas:

1) Silibus Subjek
2) Tugasan yang perlu dilakukan
3) Maklumat terkini yang perlu diambil perhatian
4) Berkongsi maklumat dengan pensyarah
5) Kaedah penilaian seperti markah kerja kursus dan ujian


Selain itu, para pelajar juga boleh memberikan pandangan masing-masing melalui blog ini kerana sesetengah pelajar lebih selesa melontarkan pandangan melalui blog daripada memberi pandangan di dalam kuliah. Masalah pembelajaran yang dialami oleh pelajar juga boleh dikongsi dengan pensyarah subjek dan akan direkodkan dalam sistem penasihatan akademik.

Berkenaan dengan nota kuliah untuk subjek Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Arab dan Ulum Al-Hadith, setakat ini nota dan rujukan akan disediakan secara manual. Apa yang penting ialah para pelajar dinasihatkan agar sentiasa merujuk blog ini dari semasa ke semasa bagi memperolehi maklumat tambahan dan pengumuman baru.

No comments:

Post a Comment

BERDAMPING DENGAN JIN? MENGAPA TIDAK DENGAN AL-QURAN? IA LEBIH BERMAKNA! Dapatkan buku yang diterjemahkan dan dimurnikan dalam b...