Monday, June 6, 2011

Kaedah P&P B.Arab
























- Gambar hiasan

Subjek ini merangkumi 3 aspek penting iaitu:
1. Teori Pengajaran Bahasa Arab
2. Teori Pembelajaran Bahasa Arab
3. Kajian dan Analisis Kandungan Buku Teks Bahasa Arab di Sekolah Agama Johor

Apabila berbicara tentang Bahasa Arab dan cara mengajarkannya, ia bukanlah semudah yang disangka. Kemungkinan ada yang mengatakan pengajaran bahasa lebih senang dari mengajar matematik dan sains. Setiap bidang ada masalah yang tersendiri dan memerlukan kepada ilmu dan sistem yang menyediakan kaedah yang betul bagi mencapai objektif yang dijangkakan.

Sebelum para pelajar mengikuti kuliah bagi subjek ini (DPA2433), kita mestilah mengetahui kepentingan mempelajari Bahasa Arab dan menghilangkan apa sahaja perasaan negatif terhadap bahasa ini kerana pemikiran positif merupakan kunci dan asas kepada penguasaan kita terhadap Bahasa Al-Quran.

Dalam subjek ini, tajuk-tajuk utama yang akan disentuh dan dibincangkan bersama ialah:

1. Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Bahasa Arab

2. Kemahiran Mikro-Teaching dan aplikasinya dalam Bahasa Arab

3. Al-Wazaif dan Al-Mawaqif Al-Lughawiyyah

4. Penyediaan dan Pelaksanaan Perancangan Pengajaran Bahasa Arab yang berkesan

5. Masalah dan Kemahiran dalam menghurai struktur Bahasa Arab

6. Analisis Kandungan Buku Teks Bahasa Arab peringkat 1, 2, 3, 4, 5 dan 6

7. Kaedah dan Pendekatan yang digunakan dalam bidang pengajaran Bahasa Arab

8. Pembentangan dari pelajar dan perbincangan


Subjek ini dipadukan oleh 3 sudut yang penting khususnya bagi pelajar Diploma Pendidikan Islam yang ingin mengajar Bahasa Arab dengan betul dan tepat iaitu:

A) PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

B) ILMU-ILMU ASAS BAHASA ARAB

C) KREATIVITI PELAJAR

KANDUNGAN BAHASA:
Secara lebih terperinci kandungan bahasa yang akan dibincangkan ialah:

ASMA' AL-ISYARAH WA AQSAMUHU, DHAMIR MUNFASIL, MUTTASIL, GHAIB, MUKHATAB DAN

MUTAKALLIM, PEMBAHAGIAN KALIMAH, MUZAKKAR, MUANNATH, MUFRAB, MUDZAKKAR, JAMA', KATA

KERJA MUDHARI' DAN MADHI, MUBTADA' DAN KHABAR, JUMLAH ISMIYYAH DAN JUMLAH FI'LIYYAH,

AL-ASMA' AL-MARFU'AH (FA'IL, ISM KANA, NAIB FA'IL), KATA KERJA SAHIH DAN MU'TAL, AL-

MANSUBAT MIN AF'AL (MAF'UL BIHI, MAF'UL MUTLAQ, TAMYIZ, MUNADA), AL-MAJRUR MINAL

ASMA'(HURUF JAR DAN IDHAFAH), KEFAHAMAN TEKS MELALUI PEMBACAAN DAN PENULISAN ASAS

BAHASA ARAB)


Bagi mengetahui kaedah penilaian yang akan digunakan untuk subjek ini, pelajar boleh clik pada ruangan Kaedah Penilaian di sebelah kanan blog ini. Terima kasih.


"It’s not enough that a person can speak a language. Teaching another person to do the same is a whole different matter".

No comments:

Post a Comment

BERDAMPING DENGAN JIN? MENGAPA TIDAK DENGAN AL-QURAN? IA LEBIH BERMAKNA! Dapatkan buku yang diterjemahkan dan dimurnikan dalam b...