Friday, July 9, 2010

STRATEGI & KEMAHIRAN MEMBACA


ANTARA PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI

Kita telah membincangkan kandungan buku teks bahasa Arab tahun 3. Kemahiran membaca bermula dengan lebih serius dalam buku tersebut. Sebenarnya kemahiran membaca merupakan antara strategi yang dimanfaatkan oleh pelajar untuk memantapkan penguasaan bahasa yang dipelajarinya. Sebelum kita mengupas beberapa perkara utama berkenaan kemahiran membaca,adalah wajar jika istilah pendekatan, metod, teknik dan strategi diterangkan secara sepintas lalu.

Apabila kita membicarakan soal pendekatan, metod dan teknik, ia berkaitan dengan aspek pengajaran. Bagi pelajar dalam bidang pendidikan istilah tersebut perlu difahami. Manakala strategi berkaitan dengan aspek pembelajaran (pelajar). Dengan kata yang lain, strategi ialah langkah-langkah yang digunakan oleh pelajar dalam usaha menguasai sesuatu pelajaran. Menanamkan tabiat membaca bahan bacaan bahasa Inggeris atau Arab merupakan jalan untuk menguasai bahasa-bahasa itu sedikit demi sedikit. Ataupun seseorang pelajar itu mempunyai buku yang dikhaskan untuk mencatit dialog-dialog bahasa Arab dan berlatih menyebutnya untuk digunakan pada masa-masa akan datang. Setiap pelajar mempunyai strategi masing-masing. Strategi pembelajaran juga menjadi medan kajian penyelidik pada masa ini terutama sarjana-sarjana dari dunia Barat.

3 CARA MEMBACA

Sebagaiman yang telah dibincangkan di dalam kuliah, kemahiran membaca terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Kemahiran membaca secara kuat (Al-Qiraah Al-Jahriyyah)
2. Kemahiran membaca secara senyap(Al-Qiraah Al-Samitah)
3. Kemahiran membaca secara pantas (Al-Qiraah Al-Sari'ah)


Perlu diterangkan di sini kemahiran membaca ialah adik-beradik dengan kemahiran mendengar. Manakala kemahiran bertutur merupakan adik-beradik dengan kemahiran menulis. kemahiran mendengar dan membaca memerlukan proses menganalisa maklumat tanpa sedar (unconcious process) iaitu melibatkan keupayaan dalaman seseorang tanpa sedar. Kemahiran bercakap/bertutur dan menulis pula merupakan proses yang agak rumit sedikit kerana ia memerlukan keupayaan menterjemahkan semula aktiviti bahasa ke dunia nyata. Ia melibatkan kekuatan mental dan fizikal kerana proses menghubungkan pengalaman dan ilmu yang dipelajari kepada orang lain secara lisan dan penulisan.

Untuk mempertingkatkan lagi kemahiran membaca pelajar boleh mengaplikasikan 4 langkah-langkah berikut:
1. Skimmimg (Membaca perkara-perkara umum terlebih dahulu)
2. Scanning (Memilih bacaan yang sesuai dengan kehendak individu)
3. Extensive Reading (Fokus kepada kandungan yang dikehendaki dengan melakukan pembacaan secara menyeluruh)
4. Intensive Reading (Memilih bahan-bahan yang berkaitan dengan kajian, contoh ketika kita sedang membuat assignment)

Kepada semua pelajar saya, kalau boleh tanamkan minat membaca bahan bacaan yang bermutu. Lebihkan sedikit masa untuk menimba ilmu melalui tabiat membaca kerana apa yang membedakan anda dan orang lain ialah apa yang anda baca pada hari ini, esok dan selamanya. Kurangkan hiburan kerana tahap hedonism yang melampau menyebabkan kita malas untuk datang awal ke kuliah.

Hedonism ialah pemikiran yang percaya kepada kegembiraan dan kemewahan merupakan satu-satunya kebaikan di dunia yang perlu dinikmati sebaik mungkin untuk memastikan sejauh mana kenikmatan dirasai semaksima mungkin dan kesengsaraan itu diminimumkan. Ia boleh menjadi akidah atau pegangan individu yang menyalahi ajaran Islam.

No comments:

Post a Comment

BERDAMPING DENGAN JIN? MENGAPA TIDAK DENGAN AL-QURAN? IA LEBIH BERMAKNA! Dapatkan buku yang diterjemahkan dan dimurnikan dalam b...